Monday, December 2, 2024
HomeHIBURANJom Selawat 1,000 Kali Sehari Selama 40 Hari – Ruhainies

Jom Selawat 1,000 Kali Sehari Selama 40 Hari – Ruhainies

PETALING JAYA – Berkongsi hasrat murni, pelakon Ruhainies mahu menyempurnakan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, yang sudah memasuki hari ke-18 menggerakkan misi itu dengan mengajak orang ramai sama-sama melakukan amalan tersebut.

“Saya dalam misi selawat 1,000 sehari selama 40 hari. Hari ini baru hari ke-18.

“Jom buat sama-sama. Kita perempuan kalau ‘cuti’ pun boleh selawat,” katanya menerusi perkongsian dalam Insta Story.

Hantaran tersebut dibuat selepas seorang pengikut laman sosialnya bertanya mengenai zikir yang diamalkan aktres terbabit.

Menerusi perkongsian itu, pelakon drama Terjerat berkenaan menunjukkan gambar menyarung
tasbih digital berwarna hitam di jarinya.

Bahkan Ruhainies turut mengakui terpesona dengan kecantikan tasbih buatan khas itu.

“Saya obses sangat dengan tasbih digital custom made ini, cantikkan?” ujarnya.

Biarpun berdepan pelbagai kecaman susulan kes khalwat pada 9 Mac lalu membabitkan dirinya dengan pelakon Aliff Aziz, masih ramai peminat memberikan sokongan terhadapnya.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua hari bermula 20 Feb 2025 untuk perbicaraan kes mereka yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah unit kondominium.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES