Johor Komited Atasi Isu Bekalan Air, Khususnya Ketika Perayaan

0
93
Foto: Berita Harian

PONTIAN: Kerajaan negeri Johor memberi jaminan bekalan air bersih tidak akan dicatu sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat demi keselesaan khususnya bagi umat Islam.

“Bukan catuan air kita membuat pendekatan bagi memastikan bahawa sempena hari raya Aidilfitri ini langkah berjaga-jaga dibuat awal supaya kesan daripada penggunaan yang tinggi disebabkan hari raya Aidilfitri ini dapat kita kurangkan beban kepada rakyat” katanya.

Beliau mengulas berita yang tular diaplikasi whatapps semalam bahawa bekalan air bersih akan dicatu bermula 3 hingga 17 April susulan beberapa empangan di negeri itu mengalami kemerosotan mendadak sejak bulan lalu.

Perkara itu turut dinafikan operasi pengendali air Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd.

Datuk Onn Hafiz yang juga Ahli dewan undangan negeri Machap berkata, Ranhill SAJ telah diarah melakukan penambahbaikkan terhadap pelan kecemasan bekalan air bersih di beberapa daerah terjejas air bersih, bagi memastikan tidak berlaku gangguan terutama pada musim perayaan.

Baru-baru ini Ranhill SAJ membentangkan pelan kecemasan bekalan air bersih memaklumkan beberapa inisiatif diambil bagi tujuan itu.

Antaranya menyediakan 27 lori tangki dan 294 tangki statik di daerah yang mungkin terjejas bekalan air.

Inisiatif lain, pengolahan Sistem Bekalan Air Loji Rawatan Air Layang dua yang mula beroperasi yang diyakini mampu menyelesaikan masalah bekalan air di Kempas, Bukit Indah dan Pandan.

Memasang Pam Penggalak di tangki Mengkibol, pengoperasian ‘Inline Injection’ dengan menggunakan lori tangki berkapasiti 42 hingga 45 tan sebagai bekalan air tambahan melalui pili bomba turut dijalankan.

Turut dilakukan, menaik taraf sistem agihan pemasangan paip Mild Steel Bersaiz 450 dan 500 milimeter sepanjang 1.4 kilometer ke tangki Layang-Layang.

Badan kawal selia air Johor (BAKAJ) dalam data terbaru memaklumkan tiga empangan di Johor dikesan menghampiri paras kritikal.

Ia termasuk Empangan Sembrong di Ayer Hitam, Empangan Bekok di Segamat dan Empangan Machap di Simpang Renggam yang mampu bertahan 55 hari sekiranya tiada hujan sehingga akhir bulan ini.

Datuk Onn Hafiz sebelum itu melancarkan Jelajah Jualan Kasih dan dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Dataran Benut, Pontian pagi tadi.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here