Johor Jamin Sumbangan Diterima Disalurkan 100% Kepada Penduduk Gaza

0
144
Foto: Yayasan Amal Malaysia

JOHOR BAHRU, 3 Disember- Kerajaan Johor memberi jaminan semua sumbangan diterima dalam kempen solidariti Palestin akan disalurkan kepada penduduk Gaza yang sedang dilanda serangan rejim Zionis.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, sumbangan itu akan diserahkan 100 peratus kepada kementerian dan penduduk di negara itu.

“Saya menyeru semua Bangsa Johor dan orang awam supaya terus salurkan sumbangan kepad tabung Palestin di bawah Kementerian Luar Negeri berbanding mana-mana pertubuhan atau orang perseorangan yang mempunyai akses ke Gaza.

“Jadi saya menyeru orang ramai supaya ikut prosedur betul supaya wang didermakan sampai ke orang yang memerlukan,”katanya.

Sementara itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengutuk tindakan Israel yang menyambung serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza Jumaat lepas.

Serangan tersebut dilancarkan selepas tujuh hari gencatan senjata.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata serangan tersebut telah mengakibatkan 178 rakyat Palestin terkorban termasuk kanak-kanak.

“Kita mengutuk tindakan kejam rejim zionis bersetuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza,” katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi tadi.

Dalam menzahirkan simpati atas pemergian rakyat Palestin akibat serangan terbaharu rejim itu, beliau mengalu-alukan kehadiran 15 pelajar Palestin sebagai pemerhati pada penggulungan DUN hari ini.

Sejak 7 Oktober lalu, angka korban membabitkan penduduk Palestin sudah melangkaui angka 20,000.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here