Jiwa Tidak Tenang, Pencuri Motosikal Serah Diri Di Balai Polis

0
58
Foto: Kosmo

JAKARTA – Sebuah klip video memaparkan senario seorang lelaki menyerah diri di balai polis kerana jiwanya tidak tenang selepas mencuri motosikal empat tahun lalu, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @tkpmedan Khamis lalu. Lelaki itu sedang disoal siasat dan terdapat sebuah kereta polis di belakangnya.

“Siapa nama kamu?” tanya perakam video.

“Dika,” jawab lelaki itu.

“Kamu mencuri di mana?” tanya perakam itu lagi.

“Di Talang tahun 2019. Saya mahu menyerah diri,” jelasnya lagi.

Selepas empat tahun mencuri, Dika memberitahu bahawa dia ingin menyerah diri kerana ingin hidup dengan aman.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jangan ditahan kasihan, mungkin dia sudah bertaubat,” komen seorang netizen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here