Jika Negara Arab Mahu Perlindungan, Henti Masuk Campur Konflik – Netanyahu

0
136
Foto: Middle East Monitor

Tel Aviv: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada pemimpin Arab supaya tidak masuk campur dalam menyuarakan isu konflik Palestin-Israel.

Netanyahu berkata, kepentingan negara Arab akan terus dipelihara jika mereka terus mendiamkan diri tentang isu yang berlaku di Palestin ketika ini.

“Saya ingin katakan kepada pemimpin Arab, jika kamu mahu memelihara kepentingan kamu, kamu mesti lakukan satu perkara…berdiam diri,” katanya dalam bahasa Hebrew.

Beliau berkata demikian pada sidang media malam tadi yang petikan bahagian ucapan itu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan ditularkan di Internet dan media sosial.

Sabtu lalu, pemimpin dan wakil Liga Arab serta negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh, Arab Saudi bagi membincangkan isu konflik Palestin-Israel.

Netanyahu tetap berkeras menolak gesaan global yang semakin meningkat supaya mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza sebaliknya rejim Zionis semakin mengganas menyerang wilayah terkepung itu.

Ini termasuk berterusan membedil kawasan kediaman, hospital, sekolah dan rumah ibadat hingga menyaksikan angka korban meningkat lebih 11,000 orang dan melumpuhkan semua bekalan dan prasarana penting di wilayah itu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here