Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURAN‘Jika Farid ikat, seksa saya bawa ke proses hakam, dia kejam’

‘Jika Farid ikat, seksa saya bawa ke proses hakam, dia kejam’

PETALING JAYA – Tidak makan pujuk, pelakon Diana Danielle bertegas dengan pendirian untuk meneruskan perceraian dengan suaminya, Farid Kamil selepas gagal memulihkan hubungan selama setahun.

Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, menyifatkan Farid sebagai lelaki kejam sekiranya kemelut perceraian dibawa ke proses hakam.

TANGKAP layar perkongsian Diana yang menunjukkan dia membakar kad ucapan cinta yang pernah diberikan Farid 12 tahun lalu.

“Jika dia mahu ikat sehingga saya terseksa sampai ke proses hakam, dia lelaki kejam.

“Saya sudah menghabiskan masa selama setahun cuba memperbaiki dan pulihkan keadaan.

“Sudah banyak kali kami berdepan dengan ambang keretakan,” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon filem Gol & Gincu 2 itu enggan dipujuk kerana mahu ‘bebas’ segera daripada suaminya.

“Saya tidak mahu dipujuk dan tak mahu teruskan perkahwinan ini. Niat saya cukup jelas.

“Tiada lagi yang saya mahukan selain tidak berada di bawah tanggungjawab dia,” tegasnya.

Selain itu, Diana turut bertindak ekstrem dengan menunjukkan surat cinta Farid yang disimpan sejak 12 tahun lepas dibakar sambil melabel sebagai ‘surat penipuan’.

Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES