Jersi Messi Dilelong Pada Harga RM46.61 Juta

0
55
Foto: Kosmo

LONDON – Sejumlah enam daripada jersi yang dipakai Lionel Messi semasa kempen Argentina menjulang kejuaraan Piala Dunia Qatar 2022 akan dijual secara lelongan.

Kapten Argentina berusia 36 tahun itu menjulang Piala Dunia selepas pasukannya menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Disember lalu di Qatar.

Jersinya pada perlawanan akhir termasuk dalam set dijangka mampu memperoleh lebih daripada £8 juta (RM46.61 juta) dalam lelongan yang dihoskan oleh Sotheby’s di New York.

Rekod paling mahal untuk jersi bola sepak yang dipakai dalam permainan ialah jersi ‘Hand of God’ milik Diego Maradona yang dijual pada harga £7.1 juta (RM413.65 juta) pada 2022.

Ketua Koleksi Moden Sotheby, Brahm Wachter berkata, penjualan enam jersi Messi adalah satu acara yang istimewa malah dianggap sebagai peristiwa monumental dalam sejarah lelongan.

“Piala Dunia FIFA 2022 berdiri sebagai salah satu acara terhebat dalam sejarah sukan, secara intrinsik berkait dengan pengembaraan berani Messi dan mengukuhkan statusnya sebagai bintang terhebat sepanjang zaman,” kata Wachter.

Messi, pemenang Ballon d’Or lapan kali, menjadi pemain pertama dalam sejarah Piala Dunia yang menjaringkan gol di peringkat kumpulan, 16 terakhir, suku akhir, separuh akhir dan akhir bagi satu-satu kejohanan.

Tambah Wachter, ia merupakan satu penghormatan buat Sotheby mempersembahkan dan mempamerkan koleksi yang tidak ternilai kepada orang ramai merangkumi kecemerlangan seorang pemain yang telah mentakrifkan semula sempadan kecemerlangan bola sepak.

Jersi Messi akan dilihat di ibu pejabat Sotheby New York dalam pameran awam percuma semasa proses bidaan yang dibuka antara 30 November dan 14 Disember nanti.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here