Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURANJennifer Lopez Masih Belum Boleh Lupakan Bekas Suami

Jennifer Lopez Masih Belum Boleh Lupakan Bekas Suami

AKTRES dan penyanyi Jennifer Lopez dikhabarkan masih tidak dapat melupakan suaminya Ben Affleck selepas memfailkan perceraian pada Ogos lalu.

Difahamkan, Lopez masih lagi mengikuti perkembangan seni Affleck dengan cara membuat penetapan seperti memasukkan nama aktor itu sebagai salah satu kata kunci carian dalam telefon bimbitnya.

“Dia (Lopez) berbuat begitu bagi memastikan dia tidak akan ketinggalan setiap berita berkaitan dengan Affleck.“Tidak pasti apa tujuannya, namun hampir setiap hari dia akan membaca berita mengenai Affleck,” kata sumber.

Biarpun begitu memetik The Mirror, Lopez bagaimanapun enggan bercakap tentang Affleck secara umum.

Lopez dikatakan cuba mengelak dan enggan mengulas mengenai tindakan Affleck yang memujinya sebagai seorang pelakon yang hebat menerusi tayangan perdana filem terbaharu, Unstoppable minggu lalu.

“Semua pelakon dan orang belakang tabir adalah hebat,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES