Sunday, January 19, 2025
HomeHIBURANJenna Ortega Kutuk Israel, Tolak Tawaran Berlakon Scream VII

Jenna Ortega Kutuk Israel, Tolak Tawaran Berlakon Scream VII

PELAKON muda terkenal, Jenna Ortega menarik diri daripada membintangi filem Scream VII selepas salah seorang pelakon filem tersebut, Melissa Barrera dipecat atas tindakan anti-Yahudi selepas mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin secara terbuka.

Menurut laporan Variety, Jenna telah meninggalkan lokasi penggambaran dan enggan untuk meneruskan jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, terdapat sumber memberitahu alasan Jenna enggan meneruskan penggambaran filem Scream VII bukan disebabkan pemecatan Barrera, namun atas kehendaknya sendiri.

Difahamkan, pelakon muda berusia 22 tahun itu juga turut lantang bersuara mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin dalam media sosial miliknya.

Menurut Kosmo, selepas meninggalkan set Scream VII, Ortega dikatakan memilih untuk melanjutkan penggambaran siri Netflix terkenal, Wednesday 2 yang bakal ditayangkan tidak lama
lagi.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumlah Jemaah Terjejas Dalam Penipuan Umrah Hampir 1,000 Orang

0
PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke...

CATEGORIES