Jenazah Zulkifli Yusuf Bakal Dibawa Pulang Ke Malaysia Untuk Dikebumikan

0
87
Foto: Berita Harian

PETALING JAYA: Pendaki Malaysia, Zulkifli Yusuf yang dilaporkan telah meninggal dunia selepas terkandas selama 3 hari bersama dua rakannya. Jenazah, Zulkifli akan dikafankan dan disolatkan hari ini.

Terdahulu, Allahyarham Zulkifli,37 melakukan ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska disahkan telah meninggal dunia. Perkara ini turut dimakklumkan dalam kenyataan media oleh Pegawai Komunikasi Alpine Club Malaysia (ACM), Ayob.

“Proses kafan dan solat jenazah dengan kerjasama Islamic Community Center Anchorage dijadualkan pada pukul 1.30pm hari Khamis 6 Jun 2024 (waktu tempatan).
“Wakil pihak Konsulat General Malaysia akan berada di Anchorage Alaska untuk membantu pengurusan bawa balik jenazah,” jelasnya.

Tambah Ayob, ketika ini jenazah masih ditempatkan di rumah mayat di hospital Anchorage.
Proses membawa pulang jenazah ke Malaysia katanya lagi masih dijalankan sebelum dibenarkan pihak berkuasa tempatan.

“Jadual penerbangan pulang dijangka dalam masa sehari dua selepas selesai semua dokumen dan solat jenazah.

“Kami akan maklumkan butiran penerbangan yang membawa jenazah Allahyarham Zulkifli Yusuf setelah mendapat ketetapan dari pihak berkenaan,” ujarnya.ACM mengesahkan, jenazah yang terkandas selama tiga hari di gunung terbabit berjaya dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi, 1 Jun lalu.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here