Jemput Profesor Pro-Israel, UM Diminta Perjelas Serta Merta !

4
399
Foto: Sinar Harian

Kuala Lumpur: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta penjelasan pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan membenarkan profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti berkenaan.

KMUM dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan penceramah dalam syarahan itu mencetuskan fenomena dalam kalangan mahasiswa, malah membangkitkan kemarahan ramai pihak termasuk KMUM.

“Kebebasan berakademik tidak salah, akan tetapi apabila syarahan tersebut dijadikan ruang untuk menyebarkan dakyah Zionis.

“Kecuaian yang disengajakan pihak UM apabila menjemput ahli akademik tersebut yang mempunyai rekod kontroversi lampau tidak boleh dijadikan alasan lagi.

“Pengurusan tertinggi UM perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan pendirian dan memberi respons isu yang berlaku dengan kadar segera.

“KMUM yakin langkah itu mampu meredakan serta menjawab segala isu dan persepsi yang sedang ‘bingit’ dalam negara,” katanya menurut kenyataan itu.

Terdahulu BH melaporkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah warga asing itu yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial dibatalkan segera.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata, pihak kementerian mengambil maklum dan memandang serius berhubung isu yang berlaku itu.

“Susulan itu, saya sudah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah berkenaan dibatalkan segera.

“Saya turut meminta UM untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sebelum ini, tular di laman X seorang penceramah warga asing dipercayai menyebarkan naratif pro-Zionis dalam ceramahnya di UM.

Bagaimanapun, akaun X @BruceDGilley kemudiannya sudah tidak dapat diakses.

Dalam pada itu, KMUM berkata, pihaknya tetap dengan pendirian utuh dan jelas dengan prinsip tegas untuk mengecam kenyataan (pro-Zionis) yang dikeluarkan oleh ilmuwan terbabit.

Selain memberi penjelasan berhubung perkara ini, katanya, KMUM juga menuntut pihak pentadbiran tertinggi UM supaya membabitkan KMUM sepenuhnya dalam apa-apa program yang dianjurkan di semua peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) di universiti itu.

“Selain itu, setiap program juga perlu mendapat kelulusan daripada Presiden KMUM atau sekurang-kurangnya jawatankuasa tertinggi kabinet KMUM.

“Ini bagi memastikan perkara yang menganggu gugat sensitiviti serta mengundang kemarahan rakyat Malaysia tidak berulang lagi terutama berpunca dari platform Varsiti Tercinta.

“Selain itu, KMUM sekali lagi ingin menyatakan pendirian dengan menyokong sebarang agenda dalam memperjuangkan isu Palestin sama ada di dalam mahupun luar negara,” katanya.

KMUM juga memohon agar semua mahasiswa dan mahasiswi UM tidak memburuk-burukkan keadaan dengan menyebarkan spekulasi yang tidak benar.

“KMUM akan terus menyokong dan mendoakan semua rakyat asal Palestin agar terus tabah dan cekal dalam memperjuangkan tanah Palestin yang dicintai ini,” katanya.

Pada 9 April lalu, Institut Pengajian Cina UM mengeluarkan jemputan terbuka untuk seminar yang bertajuk “Reassessing Republican China” yang menampilkan Bruce Gilley pada 25 April 2024.

Pada 16 April lalu, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik mengumumkan program Visiting Professor Program 2024 (Program Profesor Pelawat 2024) di mana Bruce dijemput untuk menyampaikan syarahan dan mengendalikan bengkel selama tiga hari dari 22 sehingga 24 April lalu.

Pada hari kedua (23 April), ketika menyampaikan syarahan bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?”, Bruce mengeluarkan kenyataan berbunyi “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States” ketika memberi syarahan.

Dan kenyataan itu dikongsikan semula melalui ciapan di laman X milik beliau yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutama mahasiswa UM.

Susulan itu, Institut Pengajian Cina UM membatalkan seminar yang sepatutnya berlangsung, hari ini.

Sumber: Harian Metro

4 COMMENTS

  1. Hi there, just became alert to your blog through Google,
    and found that it is truly informative. I am gonna watch out
    for brussels. I’ll appreciate if you continue this in future.

    A lot of people will be benefited from your writing. Cheers!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here