Saturday, January 18, 2025
HomeSUKANJDT Kembali Bangkit Dan Bersemangat, Enggan Tewas Kali Kedua

JDT Kembali Bangkit Dan Bersemangat, Enggan Tewas Kali Kedua

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari enggan menggigit jari kali kedua ketika berdepan BG Pathum United dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Pathum Thani di Bangkok malam ini.

Solari berkata, kemenangan menentang kelab dari Thailand itu penting bagi menyuntik semangat pasukan selain mencerahkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya dengan mengutip tiga mata pertama.

Katanya, kekalahan 0-1 pada perlawanan pembukaan menentang Kawasaki Frontale dari Jepun perlu dijadikan motivasi untuk bangkit dan memperoleh kemenangan.

“Saya menjangkakan kita akan berdepan aksi sukar apabila menentang BG Pathum lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan, kita juga tak memandang rendah keupayaan lawan yang dibarisi pemain berkualiti.

“Beraksi di pentas ACL, JDT perlu memperagakan corak permainan yang kemas selain beraksi pada tahap berintensiti tinggi, ini perlu dilakukan bagi membolehkan pasukan meraih kemenangan pertama.

“Kita tidak boleh lagi tersilap langkah dan keciciran mata sekiranya ingin pergi jauh dalam kempen ACL musim ini, kejayaan membawa pulang tiga mata akan memberi momentum buat pasukan untuk beraksi dengan lebih baik lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, pemain kini sudah bersiap sedia untuk diturunkan dengan menerapkan disiplin taktikal sebaik mungkin agar tidak pulang dengan hampa.

Ditanya mengenai status tonggak bek tengah, Jordi Amat, Solari memberitahu kecederaan yang dialami pemain warisan Indonesia itu sudah pulih sepenuhnya dan akan diturunkan memastikan benteng pertahanan tidak dibolosi.

Sumber: Kosmo.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumlah Jemaah Terjejas Dalam Penipuan Umrah Hampir 1,000 Orang

0
PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke...

CATEGORIES