Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANJDT III Cipta Hatrik Juara Piala Presiden

JDT III Cipta Hatrik Juara Piala Presiden

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) III muncul juara Piala Presiden setelah menewaskan Selangor FC dengan agregat 2-1 setelah perlawanan final kedua berkesudahan tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Pasir Gudang di sini malam ini.

Kemenangan tersebut membolehkan JDT III bukan sahaja mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu malah berjaya muncul juara buat tiga tahun berturut-turut.

Aksi kedua-dua perlawanan tampak seimbang setelah kedua-dua pasukan beraksi dengan agresif bagi memburu gol pembukaan.

Bagaimanapun, peluang demi peluang yang dijelmakan gagal disudahkan dengan baik oleh kedua-dua jentera serangan.

Pada penghujung permainan, kedua-dua pasukan terus buntu untuk meledak jaringan dan menyaksikan aksi final kedua Piala Presiden itu berkesudahan tanpa jaringan dan membolehkan JDT III mempertahankan gelaran juara Piala Presiden.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES