“Jasad Baru Sampai KL, Kunci Rumah Di Terengganu”

0
184
Sumber: Kosmo

PETALING JAYA – Gelagat lucu seorang lelaki dikatakan telah tertinggal kunci rumahnya sewaktu beraya di kampung halamannya di Terengganu raih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @ceokuterer, dia baru teringat kunci rumahnya yang tertinggal apabila setelah sampai di rumah selepas 18 jam memandu dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Jasad baru sampai di KL, kunci rumah di Terengganu,” keluh lelaki tersebut.

Berdasarkan video, individu tersebut kelihatan termenung reda dan menggaru kepalanya sambil meminum air di sebuah kedai makan membuatkan ramai orang kasihan dan geli hati dengan kejadian itu.

“Tak tahu nak gelak ke nak tumpang sedih. Semoga dipermudahkan urusan,” komen @Deyana.

“Tak apalah abang boleh post guna ‘courier’, duduk di masjid dahulu sehari tunggu kunci sampai,” komen @kakpens.

“Macam-macam hal ya, sabar lah, sewa hotel dulu sementara kunci nak sampai,” komen @grahnasir.

“Saya pernah kena. Balik raya naik bas, sampai rumah baru sedar kunci dekat kampung. Nasib baik ada ‘spare’ dalam peti surat,” komen @mohamed.

Sehingga kini video tersebut mendapat 822,000 tontonan, 58,200 tanda suka dan 4,168 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here