Janganlah Sebarkan Berita Yang Tidak Betul Sampai Jadi Fitnah – Nora Danish

0
53

PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish, yang menjadi tumpuan sejak perceraiannya dengan Nedim Nazri pada pertengahan Jun lalu, meminta ruang untuk bertenang, terutamanya kerana bekas suaminya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut Nora Danish Hanif, 42, terdapat banyak dakwaan tidak benar mengenai dirinya yang beredar di media sosial.

“Sejak kebelakangan ini, pelbagai berita tidak sahih mengenai saya menjadi tatapan umum.”

Harap dapat memberi ruang untuk saya dan keluarga bernafas,” katanya menerusi hantaran InstaStory.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Polis Evo 3 itu berharap orang ramai tidak mengambil kesempatan dengan menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak benar tentang dirinya.

Selain itu, Nora turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan dan mengambil berat tentang dirinya.

Pada yang segelintir, diharap janganlah ebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah okey,” ujarnya.

“Terima kasih atas keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik,” jelasnya.

Sebelum ini, Nora memuat naik video yang memberi bayangan bahawa dia mengimpikan seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan Allah SWT.

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia tidak merancang untuk mencari suami baru dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu setelah pendedahan yang dibuat oleh aktres mengenai pergolakan dalam rumah tangga mereka yang bermula sejak 2017.

Namun, aktres itu menyatakan bahawa dia sedang berusaha sebaik mungkin untuk menangani situasi yang sedang berlaku dengan baik, demi menghindari perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak-anaknya.

Pasangan tersebut mengukuhkan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan diberkati dengan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.

Sebelum bersama Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal, yang kini berusia 15 tahun, sebelum bercerai pada tahun 2008.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here