“Jangan Salahkan ‘Penyondol’ Je, Suami Pun Sama” – Rozita Che Wan

0
44
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – “Penyondol dengan suami siapa yang patut disalahkan? Hello! Salahkan dua-dua.”

Itu pandangan yang dilontarkan pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta, 51, mengenai pertikaian siapa benar, siapa salah dalam konflik rumah tangga akibat kehadiran ketiga yang ketika ini mudah dibahasakan sebagai penyondol.

Menurut Che Ta, kemunculan watak penyondol dalam hubungan suami isteri tidak akan terjadi sekiranya mana-mana pihak khususnya suami tak membuka peluang untuk disondol.

“Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. It takes two tango (masalah yang melibatkan dua belah pihak).

“Kalau saya, aku sesah (belasah) sahaja kedua-duanya. Jangan bagi peluang pada lelaki itu. Kalau dia tak mula, takkanlah semuanya terjadi,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dalam video sama, dia turut mengingatkan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin agar tidak mempunyai hubunngan dengan wanita lain.

“Kalau saya, dua dua saya santau, sesuai dan puas hati

“Takkanlah Zain berani, dia nak keluar rumah pun kadang-kadang takut, isteri pula adakalanya macam harimau,” ujarnya dalam nada berseloroh. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here