PATTANI: Rakyat Malaysia masih selamat untuk mengunjungi Selatan Thailand meskipun beberapa insiden pengeboman berlaku di negara berkenaan tahun ini.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, beberapa insiden yang berlaku adalah di kawasan luar bandar.
“Secara asasnya, rakyat Malaysia masih selamat untuk melancong di lima wilayah Selatan Thailand kerana insiden yang berlaku kebiasaannya di kawasan bukan tumpuan ramai.
“Tujuan insiden bukan untuk memberi kesan kepada orang awam tetapi lebih kepada pihak yang bertelagah.
“Sebelum Ramadan, hanya beberapa insiden pengeboman berlaku, namun sepanjang Ramadan, baru-baru ini, berlaku peningkatan kes,” katanya ketika ditemui.
Justeru katanya, rakyat Malaysia tidak perlu khuatir, namun dinasihatkan sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
“Jangan pergi di kawasan yang sunyi dan seeloknya berjalan secara berkumpulan,” katanya.
Sumber: Buletin TV3