Monday, December 2, 2024
HomeHIBURAN'Jangan Mudah Kena Tipu Dengan Penganjur'

‘Jangan Mudah Kena Tipu Dengan Penganjur’

Kuala Lumpur: Penyanyi, Tomok, 40, mengingatkan kepada mana-mana penyanyi yang mahu membuat konsert jangan mudah membuka peluang untuk diperdaya penganjur dengan ‘janji manis’.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail berkata, mereka perlu lebih berhati-hati dengan meneliti dulu latar belakang penganjur itu sebelum tertarik menandatangani sebarang kontrak kerjasama.

“Sikap berhati-hati mampu mengelakkan risiko ditipu dan penganiayaan terutama kepada penyanyi baru. Saya tidak nafikan insiden penyanyi ditipu penganjur ini memang biasa berlaku.

“Apatah lagi, ada dalam kalangan penganjur yang suka meyakinkan penyanyi baru untuk mengadakan konsert, walaupun sebenarnya saya rasa tidak ramai penyanyi yang bersedia membuat konsert.

“Namun, sikap dan tindakan penganjur yang seakan memberi harapan bulan bintang itu, jadi ‘termakan’ jugalah (janji manis). Jadi, bila ada perkara kurang enak berlaku, impaknya pasti terpalit pada penyanyi juga,” katanya yang juga penyanyi kumpulan New Boyz.

Tomok yang ditemui pada sidang media Konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang berkata, dia juga pernah berhadapan dengan situasi ditipu penganjur yang mengambil kesempatan.

“Sepanjang 25 tahun berada dalam industri muzik, saya juga pernah kena tipu (penganjur). Jadi sebagai penyanyi, kita memang kena ambil tahu latar belakang dan pengalaman syarikat penganjur itu untuk melancarkan urusan.

“Kalau ikutkan memang banyak kes penipuan seperti ini berlaku yang membabitkan pihak (penganjur) suka mengambil kesempatan. Ia sudah wujud dari dulu dan berterusan sampai sekarang.

“Memang ‘kaki kencing’ (penipu) ada di mana-mana sampai sekarang. Ajak kita buat ‘show’ dan berjanji akan bayar kemudian, tapi akhirnya hilang. Malah, nama yang ‘busuk’ nanti adalah penyanyi bukan penganjur,” katanya.

Berbicara mengenai konsert dengan Siti Nordiana itu, Tomok berkata, mereka sudah kenal dan berkawan lama. Maka, dia teruja untuk mereka beraksi di atas pentas nyanyian berskala besar seperti konsert bersama.

“Ini konsert pertama saya dengan Siti Nordiana selepas lebih dua dekad perjuangan kami dalam industri seni tanah air. Harapan kami, agar tiket konsert ini mendapat sambutan baik peminat.

“Kali ini syarikat saya sendiri, Popsicle Records yang jadi penganjur dan ia juga (kerjasama dengan Siti Nordiana) adalah hadiah istimewa buat peminat kami berdua yang setia,” katanya.

Konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang akan berlangsung pada 1 Februari tahun depan di Zepp Kuala Lumpur.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES