Sunday, November 10, 2024
HomeHIBURAN'Jangan Jadi Manusia Kurang Cerdik!' - Adam Lee Bidas Netizen Buli Kanak-Kanak...

‘Jangan Jadi Manusia Kurang Cerdik!’ – Adam Lee Bidas Netizen Buli Kanak-Kanak Kerana Kasut Tiruan

PETALING JAYA – Pelakon Adam Lee menempelak tindakan individu yang didakwa membuli seorang kanak-kanak lelaki dalam media sosial hanya kerana memakai kasut sukan jenama tiruan.

Tegas Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 29, perbuatannya yang mengecam kanak-kanak terbabit mencerminkan tindakan kurang bijak.

“Pastilah dia bangga sebab mak dia yang belikan. Jadi kalian semua jangan menjadi manusia yang kurang cerdik. Biarlah kerana itu saja yang dia mampu.

“Kalau kasut itu jenama LV (Louis Vuitton), Versace, Prada tidak kena kecam. Tetapi, disebabkan kasui itu tiruan, kalian semua kena kecam dia,” katanya dalam satu video di TikTok.

Pada masa sama, Adam turut mengakui merindukan era kegemilangan surat khabar yang mana menjadi sumber utama masyarakat untuk mendapatkan maklumat berbanding media sosial.

“Sejujurnya saya rindukan zaman surat khabar berbanding media sosial kerana terlalu banyak aib dibuka, yang orang tunjuk dan fitnah yang dilakukan.

Foto: Kosmo! Online

Pelakon drama Bukan Lelaki Terhebat itu bagaimanapun menegaskan dia perlu menggunakan media sosial sebagai medium digital masa kini untuk berinteraksi dengan peminat.

Foto: Kosmo! Online

Sebelum ini seorang kanak-kanak dikenali sebagai Arman memuat naik video kasut baharunya dengan penuh teruja ke TikTok.

Namun, kegembiraannya tidak bertahan lama apabila ada netizen mengkritik kasut tersebut dan mengatakan hadiah tersebut produk tiruan selain memintanya mendedahkan harga sebenar.

Setelah didesak Arman kemudian mendedahkan hal sebenar manakala ibunya juga mengakui membeli kasut itu pada harga RM80 termasuk bayaran pos.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES