Jangan ‘Biadap’ Bila Nak Ambil Gambar – Dahlia Rizal

0
43
Foto: Oh Bulan

ISTERI pelakon Imran Aqil yang juga pempengaruh media sosial terkenal, Dahlia Rizal meluahkan perasaan apabila ada peminat bertindak di luar kawalan merakamkan gambarnya.

Bukan setakat terus menarik tangan, ada yang lebih berani menyentuh wajahnya semata-mata ingin memastikan dia mempunyai kulit ‘flawless’ seperti di dalam gambar.

Susulan kerap berdepan situasi kurang menyenangkan, figura berusia 23 tahun itu bertindak berkongsi peringatan agar semua pihak cakna untuk menjaga adab.

Baginya, setiap pelakuan perlu mempunyai batas agar tidak keterlaluan atau menimbulkan perasaan tidak selesa orang lain.

Tetapi Dahlia harap perkongsian tersebut tidak mencetuskan prasangka,. Bukan dia tidak suka didekati peminat, cuma meminta masing-masing berhemah. Minta saja nak bergambar dengan cara baik, dia akan penuhi.

Baguslah begitu, berterus-terang supaya orang pun faham sebab kadangkala terlampau teruja jumpa individu diminati boleh buatkan kita lupa diri sekejap. Tak gitu?

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here