“Jangan Berani Keluar Rumah Jika Ada Tembak-Menembak”

0
146

SUBANG JAYA – Penduduk di kawasan Jalan Puchong Prima 3 panik apabila terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan, di sini, petang tadi.

Klip video berdurasi 39 saat tular di media sosial, yang memaparkan beberapa individu dipercayai polis menjerit dan menyuruh penduduk agar tidak keluar berdekatan kawasan tembakan dilepaskan.

Meninjau ruangan komen video berkenaan, kejadian itu berlaku berhampiran Pangsapuri Seri Perkasa, di sini.

“Dah kena tembak mati rasanya, tengok ‘live’ tadi. Tapi masih tak boleh keluar,” ujar Khadijah Nun.

“Tengok pun tau polis sedang jalankan tugas, jangan buat berani keluar rumah bila ada tembak menembak. Silap-silap kena peluru sesat baru ade akal,” tulis Shah.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian masih belum diperolehi dan media masih menanti kenyataan yang dijangka dibuat oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here