Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAJalan Sungai Besi Ditutup Mulai 2 Oktober Selama Setahun

Jalan Sungai Besi Ditutup Mulai 2 Oktober Selama Setahun

KUALA LUMPUR, 29 September- Rancangan bagi menutup Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai 30 September ini hingga 29 September 2024, ditangguhkan kepada 2 Oktober hingga 1 Oktober 2024.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan hari ini memkalumkan penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.

“Pentadbiran DBKL telah melantik Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja bagi melebarkan Jalan Yew yang bermula pada Oktober 2021 dan dijangka siap pada 31 Dis 2025, dan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan beberapa lencongan trafik yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

DBKL turut memaklumkan, trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan satu laluan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.

Sementara laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan, justeru laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.

Jelas DBKL, jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew turut ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh sama bagi membolehkan kerja-kerja meroboh jambatan susur (ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu).

“Laluan alternatifnya adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

“Oleh itu, DBKL menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesulitan,”menurut kenyataan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES