Tuesday, September 10, 2024
HomeBERITAJala Masih Ditangan, Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Kinta

Jala Masih Ditangan, Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Kinta

IPOH – Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman di sini hari ini.

Menurut laporan Kosmo, mayat mangsa dikenali Jama’ah Hamid, 67, itu dijumpai di tepi sungai oleh orang awam ketika ingin memancing.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.31 petang yang memaklumkan berlaku kejadian lemas di Sungai Kinta.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati warga emas itu dijumpai orang awam dalam keadaan terapung dengan jala masih di tangannya.

“Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menjumpai apa-apa mencurigakan kecuali basikal dipercayai milik mangsa yang berada di tebing sungai.

“Malah, pemeriksaan awal pada badan mangsa juga tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan mahupun unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES