Jaga Hak Bumiputera, UITM Perlu Diberi Pengiktirafan Diraja

0
63
Foto: Malaysia Bangkit

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu segera diberikan pengiktirafan diraja untuk mengelakkan isu-isu sensitif seperti kemasukan bukan Bumiputera ke institusi awam itu tidak berbangkit lagi pada masa hadapan.

Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Kebangsaan yang juga bekas Yang Dipertua Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Mohamed Yusuf Hassan Roslan, berkata pengiktirafan diraja penting supaya tindakan atau cadangan yang tidak selari dengan penubuhan UiTM dapat dielakkan daripada menjadi polemik awam.

Katanya, isu cadangan untuk memperluas program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks ke UiTM yang hangat dibincangkan hari ini, adalah masa yang paling sesuai untuk cadangan itu dizahirkan.

“Pertubuhan alumni MPP UiTM hari ini sependapatan mengenai cadangan agar institusi awam ini perlu diberi pengiktirafan diraja kerana ini mampu menangani berlakunya sebarang isu berbangkit dan senstitif terhadap UiTM.

“UiTM sendiri layak untuk mendapat pengiktirafan ini kerana Canselor kami sendiri adalah Yang Dipertuan Agung malah ranking kita sendiri juga sudah meningkat di peringkat global.

“Melalui pengiktirafan ini juga UiTM dapat meneruskan kecemerlangan dengan lebih baik,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tiada perbincangan dibuat mengenai cadangan untuk memperluas program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks di UiTM kepada mahasiswa bukan Bumiputera, setakat ini.

Katanya, ada beberapa perkara asas perlu ditekankan sebelum mempertimbangkan cadangan untuk menerima pelajar bukan Bumiputera bagi program berkenaan.

Baru-baru ini, dilaporkan ada pihak mencadangkan UiTM mempertimbangkan cadangan memperluas program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks kendaliannya kepada doktor pelatih bukan Bumiputera.

Profesor di Fakulti Perubatan UiTM, Dr Raja Amin Raja Mokhtar, dilapor mencadangkan perkara itu sebagai penyelesaian isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ pembedahan kardiotoraks yang tidak diiktiraf.

Ini kerana, katanya, program latihan ‘parallel pathway’ pembedahan kardiotoraks UiTM-Institut Jantung Negara adalah satu-satunya yang ditawarkan di negara ini.

Mengulas mengenai isu pasca siswazah pembedahan kardiotoraks ke institusi itu, Mohamed Yusuf berkata, jaminan yang diberikan KPT disambut baik oleh seluruh mahasiswa UiTM.

“Apa yang dinyatakan oleh menteri semalam adalah sesuatu yang kita harapkan kerana jaminan itu tiada kemasukkan bukan Bumiputera dilihat mententeramkan seluruh warga UiTM.

“Bagaimanapun, saya percaya isu ini tidak akan terhenti di sini saja tetapi jaminan yang diberikan pastinya dilihat sebagai simbol yang jelas terhadap apa yang diperjuangkan oleh mahasiswa sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata, cadangan membuka laluan kepada pelajar bukan Bumiputera biarpun hanya untuk satu jurusan pengajian perlu diperhalusi dengan terperinci kerana ia akn memberi kesan kepada dasar penubuhan UiTM.

“Apabila cadangan meminta kursus itu dibuka sementara pastinya akan memberi kesan kepada masa depan UiTM. Malah apabila berkata mengenai ‘sementara’ kita juga mahukan jaminan yang teguh mengenai isu ‘sementara’ itu.

“Mungkin ia dibuka kepada jurusan perubatan dahulu, pada masa hadapan jika pengajian kejuruteraan contohnya berdepan kekurangan, adakah perkara sama dicadangkan. Cadangan yang diberikan haruslah logik dan rasional dengan dasar penubuhan UiTM itu sendiri,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here