Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN‘Jadi Ibu Pada Usia 22 Tahun Adalah Pencapaian Mendalam Buat Saya’

‘Jadi Ibu Pada Usia 22 Tahun Adalah Pencapaian Mendalam Buat Saya’

PETALING JAYA – Bergelar ibu pada usia muda, pelakon Diana Danielle menganggap kehadiran anak sulung, Muhammad sebagai satu pencapaian hebat dalam hidupnya.

Dalam masa sama Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, mengakui sangat memerlukan dua permata hatinya bagi melengkapkan kehidupan.

“Menjadi ibu pada usia 22 tahun dan kini menyaksikan anak saya berusia 12 tahun pada tahun ini, saya merasakan ini merupakan satu pencapaian mendalam buat kami berdua.

“Orang sering menganggap usia 22 tahun terlalu muda untuk menjadi seorang ibu tetapi mereka tidak tahu betapa saya memerlukan anak-anak saya ketika itu lebih jauh daripada mereka perlukan saya.

“Kebijaksanaan anak-anak terutama sekali apabila kita benar-benar memahami betapa beratnya amanah yang diberikan memang sesuatu perkara ajaib,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pelakon filem Imaginur itu turut menganggap anak-anaknya sebagai guru yang banyak mengajar erti kehidupan.

“Alhamdulillah untuk dua anak saya yang hebat yang mana sentiasa mengajar saya memilih jalan benar.

“Mereka buat saya memilih keputusan tepat, mendorong saya meluruskan jalan tahun demi tahun dan sentiasa dengan pemikiran jangka panjang.

“Mereka juga merupakan guru saya walaupun saya adalah ibu mereka. Mereka membentuk saya, membantu saya memilih keputusan tepat dan menjadikan saya seperti sekarang,” jelasnya.

Selain Muhammad, Diana turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Aurora, 9, hasil perkahwinan bersama pelakon Farid Kamil pada 2012.

 

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

ACLE: JDT Cuma Perlu Elak Kekalahan

0
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tetap mahu memburu kemenangan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) menentang...

CATEGORIES