Isu Tubuhkan Pawagam Di Kelantan Bakal Dipertimbangkan Semula

0
37
Foto: CARI Infonet

Foto Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Pelakon dan penerbit, Syed Aiman pernah berunding dengan kerajaan negeri Kelantan pada 2021 bagi membincangkan isu penubuhan pawagam di negeri itu.

Dia bersama beberapa penerbit dari Kelantan bertemu pihak kerajaan negeri bagi membincangkan perkara ini dan mendapat jawapan yang positif.

“Kami minta bagaimana cara mengatasi isu ini. Sebenarnya kerajaan negeri tiada halangan pada masa itu, namun sekarang tidak tahulah. Yang penting semua pihak ikut peraturan ditetapkan.

“Contohnya dalam pawagam lampu tidak boleh terlalu malap sangat, manakala waktu solat Jumaat tidak boleh ditayangkan filem. Yang bukan mahram pula kena diasingkan pawagam.

“Perkara ini sebenarnya pengusaha-pengusaha pawagam yang tidak boleh terima. Mereka takut tiada keuntungan nanti. Memang sebenarnya kerajaan negeri tak larang diwujudkan pawagam di sana,” katanya.

Menurutnya, sesi dialog itu disertai oleh ramai pihak termasuk pelakon terkenal, Sabri Yunus.

“Ia dikendalikan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu. Maksudnya boleh buka panggung dan kalau kita boleh ikut peraturan ditetapkan memang tiada isu. Yang sebenarnya isu ini dipolitikkan saja,” katanya.

Syed Aiman menerusi syarikatnya Double Channel kini tampil dengan filem pertama berjudul Janna Endoro arahan Sham JR. Ia dilakonkan Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Zoee Tan dan ramai lagi yang ditayangkan bermula semalam.

Dia merancang untuk mengadakan sesi ‘road show’ membawa barisan pelakon Janna Endoro bertemu peminat di bandar bersempadan Kelantan iaitu Kuala Terengganu dan Kertih.

“Ia bertujuan menggalakkan peminat hadir menonton dan menyokong filem yang sepenuhnya menjalani penggambaran di Kelantan, menggunakan pelakon Kelantan dan sepenuhnya dialek Kelantan ini.

“Biasanya di Kelantan, penerbit buat tayangan secara tertutup di hotel saja secara jual meja. Tidak mustahil saya akan buat jika Janna Endoro ada sambutan di pawagam. Biasanya dari situ barulah ada permintaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here