Istiadat Lafaz, Menandatangani Sumpah YDPA Ke-17 Berlansung Hari Ini Di Istana Negara

4
599

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini, bagi tempoh lima tahun.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Pada istiadat itu, ia akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Di hadapan sultan dan raja Melayu, kerabat diraja serta dif-dif kenamaan, Sultan Ibrahim akan menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan, yang isi kandungannya dibacakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Sultan Ibrahim dijadual berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor pada 7.45 pagi dan dijadual berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke ibu negara.

Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira 9.45 pagi sebelum Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan anakanda-anakanda turut dijadual berangkat ke istiadat bersejarah itu.

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada Oktober tahun lepas yang turut memilih Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, semalam.

Sultan Ibrahim yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

Sumber: Harian Metro

4 COMMENTS

  1. hey there and thank you for your information – I’ve definitely picked up something new from right here.
    I did however expertise several technical points
    using this website, as I experienced to reload the website lots of times previous to I could get it to load properly.

    I had been wondering if your hosting is OK? Not that I’m complaining,
    but sluggish loading instances times will often affect your placement in google and
    can damage your high-quality score if advertising and marketing with Adwords.
    Well I’m adding this RSS to my email and can look out for a lot more of your
    respective fascinating content. Ensure that you update this again soon..

  2. Terrific work! That is the type of information that should be shared
    around the web. Disgrace on Google for not positioning this submit
    higher! Come on over and discuss with my site . Thank you =)

  3. Oh my goodness! Impressive article dude! Thanks, However I am going through troubles with your RSS. I don’t understand the reason why I am unable to join it. Is there anybody else having similar RSS problems? Anyone that knows the solution will you kindly respond? Thanx!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here