Saturday, June 15, 2024
HomeHIBURANIsteri Orang Jadi Pilihan Hati Johnny Depp?

Isteri Orang Jadi Pilihan Hati Johnny Depp?

KUALA LUMPUR: Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp, 59, kini dilaporkan menjalinkan hubungan cinta bersama bekas peguamnya, Joelle Rich.

Mengikut laporan E! News, Rich adalah peguam berpangkalan di London mewakili Depp dalam tuntutan kes fitnah terhadap The Sun di mahkamah di United Kingdom.

Rich sebahagian pasukan undang-undang Depp apabila memfailkan saman terhadap tabloid Britain pada 2018 kerana melabelnya sebagai kaki pukul isteri yang merujuk kepada perkahwinannya dengan bekas isteri, Amber Heard.

Bagaimanapun, Rich bukan sebahagian pasukan undang-undang dalam perbicaraan fitnah terhadap Heard di Mahkamah Circuit di Fairfax Country di Virginia, Amerika Syarikat (AS), awal tahun ini.

Walaupun Rich tidak berada dalam pasukan itu, Rich menunjukkan sokongan terhadap Depp dengan hadir beberapa perbicaraan di mahkamah, lapor Berita Harian.

Pada 3 Mei, Rich dilihat di luar mahkamah di Virginia berpelukan dengan Camille Vasquez, peguam yang mewakili Depp ketika perbicaraan.

Dua minggu kemudian, Rich dilihat berada dalam mahkamah. Meskipun begitu, belum ada kepastian sejak bila Rich dan Depp menjalinkan hubungan cinta.

Berita Harian juga menyatakan bahawa Rich yang juga ibu kepada dua cahaya mata kini dalam proses bercerai bersama suami, Jonathan Rich yang dikahwini pada Julai 2011.

Sebelum itu, bintang filem Pirates of The Caribbean itu sempat digosipkan menjalinkan hubungan dengan Camille Vasquez.

Berikutan itu, tak ramai menyedari kehadiran Rich sebagai pendamping Depp. Peminat dan pengikut Depp lebih mengenali Camille Vasquez sebagai peguam dijodohkan dengan Depp.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES