Isteri Maut, Suami Parah Motosikal Dirempuh Kereta Dari Arah Bertentangan

0
48
Foto: Berita Harian

GOMBAK: Seorang wanita maut manakala suami dan anak saudara mereka parah selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Selayang Utama, di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata kejadian kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke Intan Baiduri dari arah Selayang.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki ketiga-tiga mangsa itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Kaderi berkata akibat pelanggaran itu ketiga-tiga mangsa berkenaan tercampak ke atas jalan raya menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu maut di lokasi kejadian.

Katanya, semua mangsa dibawa ke Hospital Selayang di sini untuk dibedah siasat dan menerima rawatan selanjutnya.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556.

“Selain itu, sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here