Israel Rancang Pasang Sistem Pam, Mahu Banjirkan Terowong Hamas

0
114
Foto: Berita Harian

Gaza: Israel dilaporkan memasang sistem pam besar yang mungkin digunakan untuk membanjiri terowong yang digunakan Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Wall Street Journal pada Isnin dengan memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS).

Sekitar pertengahan November, tentera Israel menyiapkan sekurang-kurangnya lima pam, kita-kira 0.4 kilometer di utara kem pelarian Al-Shati yang boleh menyalurkan ribuan meter padu air sejam dan membanjiri terowong dalam beberapa minggu, kata laporan itu. .

Tidak jelas sama ada Israel akan mempertimbangkan untuk menggunakan pam itu sebelum semua tebusan dibebaskan, menurut laporan berkenaan. Hamas sebelum ini berkata ia menyembunyikan tebusan di “tempat selamat dan terowong.”

Reuters tidak dapat mengesahkan butiran laporan itu.

Ketika ditanya mengenai dakwaan itu, seorang pegawai AS berkata, adalah masuk akal bagi Israel untuk menjadikan terowong itu tidak boleh beroperasi dan tentera sedang meneroka pelbagai cara untuk melakukannya.

Kementerian Pertahanan Israel tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

The Wall Street Journal berkata, seorang pegawai Angkatan Pertahanan Israel (IDF) enggan mengulas mengenai rancangan banjir itu tetapi dipetik sebagai berkata: “IDF sedang beroperasi untuk merungkai keupayaan keganasan Hamas dalam pelbagai cara, menggunakan alat ketenteraan dan teknologi yang berbeza.”

Israel mula-mula memaklumkan pilihan itu kepada AS pada bulan lepas, kata Wall Street Journal, dengan melaporkan bahawa pegawai tidak mengetahui betapa dekatnya kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk melaksanakan rancangan itu.

Israel belum membuat keputusan muktamad untuk meneruskan atau menolak cadangan itu, menurut pegawai itu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here