Saturday, February 15, 2025
HomeHIBURANIrenee Jelaskan Hubungan Dengan Syamsul Yusof

Irenee Jelaskan Hubungan Dengan Syamsul Yusof

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan Syamsul Yusof iaitu Irenee Deanna menjelaskan hubungannya dengan pengarah tersebut hanya sekadar kenalan bisnes.

Ireene, 25, menegaskan terkejut apabila namanya dikaitkan dengan cerita sensasi tersebut sehingga menjadi sebutan ramai dalam media sosial sehingga hari ini.

Jelasnya, foto dan video yang memaparkan dia dengan Syamsul hanyalah pertemuan antara rakan bisnes.

“Bagi pihak saya, memang tiada sebarang komen.

“Sebenarnya pertemuan itu sebab urusan kerja dengan Utama Motor. Hanya ambil gambar macam biasa tetapi tiba-tiba semuanya jadi lain.

“Kami sekadar kenalan, sebab dia kenalan (bisnes) ibu dan bapa saya. Hanya sekadar kenalan ‘hi bye’” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang konsert Stars On Fire In Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Ditanya reaksi selepas namanya tular dalam media sosial dan didakwa menjalin hubungan istimewa dengan pelakon filem Munafik itu, Irene berkata perkara itu tidak menganggu urusan kehidupannya.

Semuanya tiba-tiba dan rasa terkejut tetapi tidak menggangu pun urusan hidup pun. Tiada rasa stres sebab cerita-cerita itu pun.

“Itulah, Alhamdulilah juga (pengikut media sosial bertambah),” katanya lagi.

Sementara itu, dia juga tidak memberi sebarang penjelasan apabila disoal mengenai statusnya sama ada sedang menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana jejaka ataupun tidak.

Saya tiada komen,” katanya tersipu malu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo, bulan lalu, nama Irenee menjadi sebutan ramai apabila foto dan videonya dengan Syamsul pada majlis yang turut dihadiri keluarga Irene meledak dalam media sosial.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES