Komunikasi Kian Lemah, Internet Di Gaza Terputus Lagi

0
55
Foto: The Sydney Morning Herald

Semenanjung Gaza: Palestine Telecommunication Company (Paltel) berkata, rangkaian komunikasi dan perkhidmatan internet di Semenanjung Gaza terputus sepenuhnya.

Paltel melalui hantaran di platform X berkata, keadaan itu berlaku kerana akses antarabangsa terhadap perkhidmatan telekomunikasi diputuskan lagi.

Sebelum ini, media melaporkan perkhidmatan telefon dan internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin.

Beberapa kawasan di utara Semenanjung Gaza mengalami gangguan perkhidmatan akibat kegagalan generator utama di satu daripada stesen utama di kawasan Sheikh Radwan.

Sejak serangan ke atas Semenanjung Gaza, rangkaian komunikasi tetap dan selular serta internet mengalami gangguan perkhidmatan akibat kerosakan berulang pada elemen rangkaian.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here