Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAIndonesia Bakal Sambung Semula Pembelian Online Di Tiktok

Indonesia Bakal Sambung Semula Pembelian Online Di Tiktok

JAKARTA – Syarikat aplikasi video pendek dari China, TikTok mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.5 bilion (RM7.02 bilion) dalam kumpulan firma teknologi terbesar Indonesia, GoTo bagi perjanjian yang membolehkan ia menyambung semula perkhidmatan beli-belah online di negara itu.

Di bawah perjanjian itu, TikTok Shop akan digabungkan dengan laman Tokopedia GoTo dan mempunyai kepentingan dalam mengawal firma tersebut.

“TikTok komited untuk melabur lebih AS$1.5 bilion dalam syarikat ini dari semasa ke semasa untuk menyediakan dana yang diperlukan pada masa hadapan tanpa pencairan tambahan kepada GoTo.

“TikTok, Tokopedia dan GoTo akan mengubah sektor e-dagang Indonesia serta mewujudkan berjuta-juta peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Perkongsian strategik ini dimulakan dengan tempoh awal perundingan rapat dan aktiviti seliaan oleh pengawal selia berkaitan,” kata GoTo sambil menambah, perjanjian itu akan dimuktamadkan pada 2024.

TikTok pada Oktober lalu secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan.

Pihak berkuasa Indonesia memutuskan bahawa firma-firma media sosial tidak boleh melakukan transaksi langsung tetapi hanya dibenarkan mempromosikan produk melalui platform mereka di Indonesia.

Pasaran e-dagang Indonesia didominasi oleh beberapa platform seperti Tokopedia, Shopee dan Lazada tetapi TikTok Shop memperoleh bahagian pasaran yang ketara sejak dilancarkan pada 2021.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES