Ina Naim Mohon Peminat Doakan Kesembuhan Suami

0
42
Foto: Beautifulnara

Kuala Lumpur: Penyanyi Ina Naim, 39, mengakui suaminya juga penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, 43, kini sakit dan memohon didoakan yang baik-baik dan diberi kesembuhan segera.

Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim dihubungi Harian Metro berkata, suaminya memang kurang sihat sekarang dan memaklumkan mengalami batuk saja.

“Ya, suami sakit, tak sihat sedikit. Doakan ya. Tak sihat, biasalah batuk-batuk gitulah. Doakan sajalah.

“Maafkan saya, sekarang ada adik-beradik Suhaimi ni, nanti sambung kemudian,” katanya ringkas dan memutuskan talian.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi hantaran pemilik akaun, Akumaru yang berkongsi berita keadaan Suhaimi didakwa kini sakit teruk dan memohon didoakan kesembuhan buat bekas anggota kumpulan In-Team itu.

Pemilik akaun berkenaan yang bersimpati dengan Ina dan anak-anaknya, turut memaklumkan Suhaimi kini berada di rumah ibu bapa mentua di Johor.

Suhaimi atau nama sebenarnya, Mohd Suhaimi Saad bernikah dengan Ina pada 12 Ogos 2007.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Sebelum ini, Suhaimi mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid selain tidak lagi mahu disapa dengan gelaran ustaz yang disifatkan tidak memberi apa-apa makna.

Suhaimi mula aktif menyanyi pada tahun 1999 dengan menyertai kumpulan nasyid In-Team.

Pernah terpalit dengan pelbagai isu berbaur kontroversi, Suhaimi juga difahamkan menjadi tukang urut bagi mencari rezeki menyara keluarganya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here