Impian Harimau Malaysia Ke Kelayakan Piala Dunia 2026 Musnah

0
52
Foto: Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Impian skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 musnah apabila Oman diikat Kyrgyzstan 1-1 di Stadium Sultan Qaboos, Muscat, lewat malam tadi.

Sebelumnya, Malaysia mengalahkan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, mengumpul 10 mata sambil mengharapkan keajaiban besar di Muscat, di mana Oman perlu membelasah Kyrgyzstan dengan sekurang-kurangnya tujuh gol untuk Harimau Malaya melepasi Kumpulan D.

Sebaliknya, keputusan seri di Muscat menyebabkan Malaysia kekal di tempat ketiga, sementara Oman dan Kyrgyzstan masing-masing berada di tempat pertama dan kedua dengan mengumpul 13 dan 11 mata.

Pasukan pelawat mendahului menerusi gol yang dijaringkan oleh Eldiyar Zarypbekov pada minit ke-19.

Sementara itu, gol pasukan tuan rumah terhasil daripada jaringan sendiri Erzhan Tokoyatev pada minit ke-57.

Keputusan perlawanan sudah dijangka kerana perlawanan Malaysia-Taiwan berlangsung lebih awal, dan sebarang keputusan yang memihak kepada Kyrgyzstan tidak mampu mengubah kedudukan pasukan dalam Kumpulan D.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here