Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAImam Meninggal Selepas Tertimpa Buah Kelapa

Imam Meninggal Selepas Tertimpa Buah Kelapa

JEMPOL – Seorang Imam Masjid Felda Raja Alias 2, di sini, meninggal dunia selepas buah kelapa yang dikaitnya jatuh mengenai kepala, kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa, Aisa Ujang, 66, meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan di Hospital Jempol.

Menurutnya, berdasarkan keterangan anak mangsa, kejadian berlaku di belakang rumah mangsa dan buah kelapa akan dikait selang dua minggu untuk dijual kepada peniaga.

“Kejadian itu disaksikan isteri mangsa. Sebaik kejadian, isteri mangsa terus mendapatkan bantuan ahli keluarga dan jiran berdekatan untuk menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan. Doktor yang memberi rawatan mendapati tiada kesan luka disebabkan senjata tajam seperti parang atau sabit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa mengalami kecederaan dalaman pada bahagian kepala akibat buah kelapa yang jatuh ke atas kepala, lapor Kosmo.

Menurutnya, anak mangsa juga turut memaklumkan mangsa mempunyai sejarah sakit jantung sejak 2018 dan darah tinggi sejak 2010 dan sentiasa mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran sehingga kini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES