IFAB Perkenalkan Kad Biru, Mahu ‘Disiplinkan’ Pemain

0
64

London: Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) membuat keputusan untuk memperkenalkan kad biru dalam sukan itu pada masa hadapan, menurut laporan media semalam.

Sumber berkata, pemain akan dihukum dengan kad terbaru itu jika jelas melakukan kekasaran taktikal atau kerap membantah keputusan pengadil.

Selepas menerima kad biru, pemain tidak dibenarkan beraksi selama 10 minit.

Peraturan baharu itu akan diuji bermula dengan liga wanita dan belia selain kelab divisyen bawahan manakala syarat lanjut pelaksanaan kad itu belum diketahui.

Bagaimanapun, peminat bola sepak, pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bekas pemain tidak bersetuju dengan peraturan terbaru itu dengan ada menganggap ia membunuh permainan.

Legenda Arsenal Paul Merson membidas idea itu dengan berkata ia membuang masa dan mencipta permainan bola sepak paling membosankan.

Pengurus Tottenham Ange Postecoglou, Everton Sean Dyche, dan Crystal Palace Roy Hodgson antara pengendali EPL yang turut membantah penggunaan kad biru.

Difahamkan Persatuan Bolasepak menimbang memperkenalkan kotak khas di luar padang untuk pemain yang dilayangkan kad biru dalam aksi Piala FA dan Piala FA Wanita musim depan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here