Tidak sampai hati melihat kesedihan ditanggung Baim Wong, rakan baiknya, Satria Mulia nekad mendedahkan identiti individu yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri aktor terbabit.
Menerusi satu hantaran, dia mendedahkan individu yang dikatakan intim dengan Paula Verhoeven adalah Niko iaitu sahabat, pekerja serta individu terdekat pasangan terbabit sendiri.
Kata Satria, Niko berambut panjang seperti bayangan yang pernah diberikan Baim bahkan teman Paula pernah menyebut wanita berkenaan menyukai suami orang.
Menurut Satria lagi, selama ini orang ramai hanya berani berkata-kata mengenai perselingkuhan namun dia individu pertama membongkar nama dan identiti pelaku.
Begitupun, Baim masih mengunci mulut biarpun pada sidang media khas minggu lalu aktor berusia 43 tahun itu bercucuran air mata berkongsi kisah kecurangan isterinya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata itu kini dalam proses perceraian.
Sumber – Kosmo! Online