Ibu Sebak Hadiri Majlis Graduasi Arwah Zayn Rayyan

4
232

PETALING JAYA – “Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan”

Demikian tulis ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin iaitu Ismanira Abdul Manaf menerusi hantaran di Instagramnya pagi ini bersama beberapa gambar serta video keluarganya di Majlis Konvokesyen Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2, di sini semalam.

Hantaran itu mengundang rasa sebak pengikutnya ditambah lagi dengan melihat sekeping gambar yang disunting Ismanira bersama Zayn Rayyan seolah-olah mereka bergambar bersama pada hari kejadian.

“Mommy bangga dengan setiap pencapaian Abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian Abang, mommy tetap bangga.

“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai (2) di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam, ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.

“Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni saja,” tulisnya.

Sementara itu di Instagram Story, Ismanira berkata, dia dapat membayangkan betapa gembiranya jika melihat banyak hadiah diterima dalam majlis itu.

“Kalau abang ada ni, memang abang dah tepuk tepuk tangan sambil lompat-lompat sebab gembira dapat hadiah banyak macam ini,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Zayn Rayyan disahkan dibunuh selepas penemuan mayatnya di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, di sini, 6 Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan siasatan kes ini sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik. -KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

4 COMMENTS

  1. Hi there, just became alert to your blog through Google, and found that it’s truly informative.
    I am gonna watch out for brussels. I’ll appreciate if you continue this in future.

    A lot of people will be benefited from your writing.
    Cheers!

  2. of course like your web-site however you need to check
    the spelling on several of your posts. A number of them are
    rife with spelling problems and I in finding
    it very bothersome to inform the reality then again I will certainly come back again.

  3. After looking at a few of the blog articles on your web page, I really appreciate your way of blogging. I saved it to my bookmark website list and will be checking back in the near future. Please visit my website as well and let me know what you think.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here