Ibu Lima Anak Dijumpai Dirogol, Dikelar Sehingga Mati Dalam Semak

0
885
Foto: Harian Metro

LAHAD DATU, 15 November- Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan separuh bogel dipercayai disamun dan dirogol di kawasan semak di Kampung Pisang, Lahad Datu semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata mangsa warga asing berusia 36 tahun yang juga ibu kepada lima orang anak itu ditemukan dengan kesan hentakan objek tumpul di bahagian kepala dan kesan kelar oleh senjata tajam di bahagian leher.

“Berdasarkan siasatan, mangsa keluar bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah restoran pada pukul 6.15 pagi, namun kerluarganya berasa curiga selepas majikan menghubungi keluarga mangsa untuk mencari mangsa kerana tidak sampai ke tempat kerja.

“Keluarga mangsa kemudiannya berusaha mencari mangsa di kawasan laluan rutin mangsa sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak,” katanya.

Rohan Syah berkata siasatan awal di lokasi kejadian turut menemukan  kesan air mani pada bahagian kemaluan mangsa malah, barang milik mangsa termasuk telefon bimbit dan wang tunai didapati hilang.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya membantu siasatan dengan menghubungi balai bolis terdekat atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Lahad Datu, ASP Kharuddin Husain di talian 013-9071709.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here