Ibu Bapa Kandung Zayn Rayyan Bakal Didakwa Hari Ini

0
211
Foto: Sinar Harian

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang sedang direman untuk membantu siasatan kes pembunuhan, akan didakwa di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Perkara ini disahkan oleh peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili bapa Zayn Rayyan, ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah ditahan dan direman selama tujuh hari hingga 7 Jun di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, setelah sebelumnya ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh sekumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.  KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here