IPOH, 29 November- Dua individu dipercayai ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah dekat Kampung Gajah, 23 November lalu, akhirnya berjaya dikesan dan kini dalam tahanan polis.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah menerusi satu kenyataan berkata kedua-dua individu itu ditahan dalam tangkapan yang berasingan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.
“Polis menahan lelaki terbabit pada Isnin lepas serta merampas sebuah motosikal Modenas Kriss berwarna biru serta pakaian yang digunakan lelaki itu semasa kejadian.
“Polis juga turut berjaya menahan seorang wanita semalam dan merampas sebuah telefon bimbit. Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kes ini,” katanya.
Menurut Hafezul Helmi, orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita tidak sahih yang boleh menggusarkan masyarakat setempat berikutan kejadian masih dalam siasatan polis.
Jelasnya, pada 23 November lalu, pihak polis menerima laporan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah memaklumkan terdapat empat orang kanak-kanak telah ditinggalkan tanpa penjagaan dan pengawasan di hadapan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Perak Tengah.
Beliau berkata kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.
“Hasil siasatan lanjut mendapati semua kanak-kanak terbabit telah ditinggalkan oleh seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal,”katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan yang sewajarnya.
Berdasarkan laporan media, adik-beradik malang itu didakwa ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota.
Sementara itu, JKM akan memohon perintah sementara bagi membolehkan empat beradik tersebut diletakkan di bawah pengawasan jabatan itu.
Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin, berkata ia adalah bantuan sokongan yang dilaksanakan sementara pihaknya mengesan ibu bapa semua kanak-kanak berkenaan.
Katanya, pemeriksaan kesihatan dijalankan terhadap empat beradik itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, juga mendapati mereka berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kesan kecederaan fizikal.
Hi there, just became alert to your blog through Google, and found
that it’s really informative. I’m gonna watch
out for brussels. I’ll appreciate if you continue this in future.
Many people will be benefited from your writing. Cheers!
Very interesting points you have noted, appreciate it for putting up..