Saturday, October 12, 2024
HomeBERITAIbu Bapa Dilema Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama, Khuatir Pengaruh LGBT

Ibu Bapa Dilema Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama, Khuatir Pengaruh LGBT

PETALING JAYA – Sebahagian besar ibu bapa mula berhati-hati untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama kerana bimbang pengaruh sosial yang semakin teruk dalam kalangan pelajar.

Ramai meluahkan kerisauan mereka apabila zaman kini anak-anak semakin terdedah dengan pengaruh media sosial termasuklah penglibatan ke dalam dunia Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat, Fahdi Ghazali berkongsi kisah rakannya yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah berasrama kerana melihat lebih banyak keburukan berbanding kabaikan.

“Kawan saya doktor bagitahu dia tak akan masukkan anak-anak dia ke sekolah asrama penuh. Saya terkejut sebab kawan saya ni asalnya dari sekolah asrama penuh. Dia kata sekarang semuanya berbeza.

“Anak-anak kita sekarang terdedah dengan dunia luar. Contohnya LGBT sebenarnya sudah meresap ke dalam anak-anak kita tapa sedar. Sebab mereka selalu tengok video-video.

“Kalau mereka terjebak dari awal, mereka susah nak kikis benda tu bila mereka dah tua,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok kelmarin.

Menurut Fahdi, ibu bapa harus memainkan peranan sewajarnya dengan memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak termasuklah ketika mereka berada di rumah.

“Jadi jaga-jaga tengok anak-anak kita tengok apa. Apa yang berlaku kebobrokan (kehancuran) masyarakat akan bermula dan dia bermula dengan serius,” pesannya.

Selain itu, Fahdi sempat bertanya kepada rakannya itu mengenai perancangan yang perlu diberikan kepada anak-anak bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

“Sudah tiba masanya untuk penuhkan dada mereka dengan apa yang Islam ajar. Suruh mereka pandai silaturahim, jangan duduk dalam bubble sorang-sorang, selalu bercakap dengan yang lain.

“Selain itu, pastikan mereka dekat dengan agama,hantar ke sekolah agama peringkat awal ni supaya mereka tahu halal dan haram,” terangnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa bersetuju dengan pendangan tersebut dan ada yang berkongsi kisah anak-anak mereka setelah dihantar ke sekolah berasrama.

“Ini kisah anak saya sendiri, masa tingkatan tiga saya hantar dia ke sebuah sekolah berasrama dengan harapan dia lebih fokus dalam pelajaran.

“Namun, saya silap, selepas tiga bulan perangai anak mula berubah, setiap kali balik rumah dia akan berkunci duduk dalam bilik. Satu hari aktiviti anak saya terbongkar apabila saya ke biliknya ketika dia tertidur dan lupa kunci pintu bilik.

“Terkejutnya saya sebagai ibu lihat telefon anak saya sedang pasang video lucah pasangan gay. Bila dipaksa anak mengaku, akhirnya dia bercerita dipengaruh kawan-kawan asrama, dan mereka di bilik bebas berhubungan songsang,” luah seorang pengguna dengan kecewanya.

Katanya, sejak dari peristiwa itu dia dan suami mengambil keputusan menukarkan anaknya ke sekolah menengah harian biasa dan sentiasa memantau setiap aktiviti yang dilakukan.

Seorang lagi pengguna TikTok, Asyura Idham turut bersetuju apabila masalah sosial banyak tercetus dan bermula di sekolah berasrama gara-gara ibu bapa tidak dapat memantau anak-anak selalu sehingga mereka berani melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES