Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAIbu Bapa Buat Aduan JPN, Desak Pengetua, Ketua Kerani Ditukar Segera

Ibu Bapa Buat Aduan JPN, Desak Pengetua, Ketua Kerani Ditukar Segera

PETALING JAYA – Ibu bapa di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) menukar segera pengetua dan ketua kerani sekolah berkenaan selepas dikatakan suka membuat ‘onar’ dan ‘kebal’.

Ini kerana dakwa mereka, walaupun sudah banyak aduan di buat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, namun tiada tindakan lanjut dilakukan.

Berdasarkan tinjauan Kosmo, desakan tersebut disuarakan ibu bapa menerusi satu kain rentang yang digantung berdekatan sekolah berkenaan baru-baru ini, sebelum ia tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi gambar yang dikongsi di laman sosial, kelihatan jelas nama dua individu tersebut beserta beberapa perkara yang telah dilakukan mereka ke atas pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Antaranya termasuklah memberi tekanan, menghina, menengking dan mengaibkan pelajar serta guru di sekolah tersebut.

“Selama dua tahun kantin kotor, makanan tidak mencukupi, gred C tetapi tiada pertukaran.

“Selalu berbangga dan mendabik dada dengan aduan yang diterima kerana mereka itu mempunyai kabel yang besar di JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu,” tulis ibu bapa pada kain rentang terbabit.

Dakwa ibu bapa itu lagi, sejak tahun 2021, telah banyak aduan dibuat di JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu, namun tiada tindakan diambil ke atas mereka.

Malah, ibu bapa sekolah berkenaan juga didakwa sudah hilang kepercayaan kepada JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu.

“YB Fadhlina Sidek mohon dengar suara kami,” rayu ibu bapa pada kain rentang itu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES