Hujan Lebat, Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Semenanjung Petang Ini

0
51
Foto: Berita Harian

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir hampir di seluruh Semenanjung, petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, ribut petir berpotensi berlaku di kawasan pedalaman dan sekitar Kelantan, Terengganu serta Pahang dalam masa singkat.

Selain itu, cuaca buruk sama turut dijangka melanda beberapa kawasan di pedalaman Sarawak dan Sabah.

“Hujan dijangka berlaku di sekitar Kelantan, Terengganu serta Pahang seketika dan berintensiti tinggi.

“Turut terlibat, bahagian pedalaman Sarawak dan pantai barat sabah,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here