Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAHujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Hujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang Tiga Blue Valley dekat sini pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands, kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu telah menyebabkan laluan jalan kedua-dua arah terhalang.

“Kerja-kerja pembersihan dan usaha mengalihkan runtuhan tanah sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.

“Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan pada rumah berlaku dalam kejadian itu,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis Dan melalui Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.

Pemantauan berterusan akan dilakukan sebagai langkah persediaan awal untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Lori Di Laluan Kecemasan

0
KULAI - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 24.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES