PETALING JAYA – Pasangan pempengaruh kontroversi, View Chin dan pekerjanya Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dikatakan telah berkahwin.
Menurut Kosmo, lebih menguatkan andaian netizen itu apabila kedua-dua mereka memuat naik video yang dikatakan sedang ‘honeymoon’ (berbulan madu) di China.
Bagaimanapun menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook, View Chin dan Mira ke China atas urusan kerja bukannya berbulan madu seperti didakwa.
“Tak pergi honeymoon lah, kami ke sini sebab kerja,” kata View Chin.
Sementara itu, ada juga netizen bertanya sama ada View Chin sudah menukar nama kerana dikatakan sudah berkahwin dengan Mira.
“Tak perlu tukar namalah,” jawab View Chin ringkas.
Dalam klip video sama, View Chin turut berjanji kepada peminatnya untuk tidak memarahi Mira seperti yang pernah dilakukan kepada bekas isterinya.
“Ok saya akan sayang Mira ketat-ketat,” katanya.
Sebelum ini, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial.
Berdasarkan Kosmo, perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.
Pada masa sama, wanita itu juga turut mendedahkan dia dikasari oleh suaminya semenjak perniagaan mereka tular di TikTok dan kerap membuat siaran langsung bag mempromosikan produk mereka.
Sumber: Kosmo