Saturday, January 18, 2025
HomeLUAR NEGARAHilangkan Stress Dengan Belai Lembu

Hilangkan Stress Dengan Belai Lembu

LONDON – Sebuah ladang haiwan di Britain dibanjiri pengunjung selepas menawarkan peluang kepada orang ramai untuk membelai lembu-lembu baka Highland yang diternak di kawasan itu.

Pemilik Dumble Farm, Fiona Wilson dan rakan-rakan kongsinya mula menawarkan sesi itu pada Februari lalu selepas mengalami kesukaran dalam mempertahankan perniagaan tenusu moden.

Salah seekor lembu baka Highland, Morag dilihat keluar dari bangsalnya di Dumble Farm untuk bertemu orang ramai.

Pengunjung mengembara jauh ke Beverly di timur Yorkshire bukan untuk membeli susu, yogurt atau keju tetapi menikmati peluang membelai Morag dan lembu-lembu lain.

“Sesetengah orang sukakan anjing, kucing atau kuda, namun ada yang menyukai lembu. Orang ramai datang untuk berseronok. Menghilangkan kebimbangan bersama haiwan adalah seperti terapi,” kata Wilson.

Pemilik Dumble Farm memilih untuk mempelbagaikan perkhidmatan  selepas harga susu jatuh mendadak dan inflasi melonjak sehingga melumpuhkan perniagaan tenusu mereka.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumlah Jemaah Terjejas Dalam Penipuan Umrah Hampir 1,000 Orang

0
PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke...

CATEGORIES