Friday, October 10, 2025
HomeHIBURANUsia 2 Bulan, Anak Mahalini Sudah Suka ‘Melancong’

Usia 2 Bulan, Anak Mahalini Sudah Suka ‘Melancong’

BARU berusia dua bulan, penyanyi Mahalini mendedahkan puterinya, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian mempunyai kecenderungan tidak betah sekadar tinggal di dalam rumah, sebaliknya suka keluar berjalan-jalan.

Dedah Mahalini atau nama lengkapnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja lagi, perkara tersebut rupa-rupanya disebabkan pengalaman sendiri ketika melewati fasa mengidam sewaktu hamil.

“Sepanjang hamil, saya langsung tak mengidam makanan tetapi selalu mengidam mahu berjalan-jalan atau melancong.

“Rupa-rupanya terbawa-bawa kepada Selina. Dia suka sangat kalau kami ajak jalan-jalan,” katanya.

Dalam masa sama, dia juga memaklumkan Selina akan mengamuk dan tantrum sewaktu berada di rumah.

“Semasa pulang ke Bandung, Selina diam, tidak banyak ragam dan senyum sahaja tetapi bila pulang ke rumah, bising terus,” ujarnya lagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Pertama Berstatus Bilionair

0
RIYADH – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo memperoleh  satu lagi pencapaian luar biasa dalam kerjayanya  apabila muncul sebagai pemain bola sepak pertama berstatus...

CATEGORIES