Thursday, January 8, 2026
HomeHIBURANTolak Dunia Hiburan, Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor

Tolak Dunia Hiburan, Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor

PETALING JAYA – Pendidikan paling utama, pelakon Puteri Sarah Liyana berpegang teguh pada prinsip tidak melibatkan anak-anaknya dalam dunia seni meskipun nama mereka sentiasa menjadi perhatian umum, khususnya dalam media sosial.

Ujar Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, pendedahan berlebihan terhadap anak-anak membuatkan dirinya kurang selesa, apatah lagi melibatkan mereka dalam dunia hiburan sejak usia kecil.

“Saya tidak suka terlalu mendedahkan anak-anak. Kalau sekadar muncul sedikit, seperti dalam iklan televisyen dan tidak kerap, itu masih boleh diterima.

“Namun jika terlalu terdedah, saya rasa kurang selesa,” katanya ketika menjawab pertanyaan seorang netizen mengenai kebarangkalian kedua-dua anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai artis.

Tambah pelakon drama Hijrah Jannah itu, kemunculan anak-anak dalam kandungan media sosialnya hanya berlaku secara spontan dan tidak disengajakan dan sekadar memenuhi permintaan kecil mereka.

Malah dia menegaskan pendidikan menjadi keutamaan utama dalam membesarkan anak-anak berbanding mengejar populariti sejak kecil.

“Saya memang buat siaran langsung setiap hari, jadi kalau anak-anak muncul sekejap untuk ucap ‘hai’, perkara itu tidak mengapa.

“Kalau terlalu kerap dan berlebihan, saya memang tidak suka. Bagi saya, pendidikan anak-anak sangat penting.

“Kalau boleh, saya mahu Sumayyah menjadi doktor, manakala abang pula minat bidang kejuruteraan,” jelasnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul, 9, dan Sumayyah, 8 tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES